Saturday, 21 September 2019

Penulisan refleksi GKK1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan


Nama : Nurhusna Izzati binti Mat Yunus
Angka Giliran : 2019092350222
Unit : Pendidikan Islam 6




TUGASAN 4 : PENULISAN REFLEKSIF
Berdasarkan ujian amali SEGAK dan ujian BLEEP yang dijalankan pada tarikh 10 September 2019 di Dewan Al Farabi, saya telah Berjaya membuat analisis dan kesimpulan berkenaan dengan kesan ujian-ujian tersebut terhadap fisiologi badan saya.

1.    Pelaksanaan Ujian Amali
Pertama sekali, saya ingin menerangkan tentang pelaksanaan ujian amali ini. Ujian amali SEGAK dan ujian BLEEP dilaksanakan ole Unit PAI 6 PPISMP SEMESTER 1 secara bergilir-gilir mengikut urutan seperti mana yang telah ditetapkan oleh Pengerusi GKK, Muhammad Arsyad bin Ramli. Ujian amali SEGAK yang merangkumi ujian indeks Jisim Badan (BMI), Ujian Bangkit Tubi, Ujian Ringkuk Tubi Separa, Ujian Jangkauan Melunjur dan Ujian Naik Turun Bangku. Setiap pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A memulakan ujian-ujian tersebut dan diikuti oleh kumpulan B. Bagi setiap stesen, 2 orang pelajar telah dilantik menjadi Ahli Jawatan Kuasa untuk memberi penerangan mengenai aktiviti tersebut. Setelah semua pelajar selesai menjalani ujian amali SEGAK, kumpulan A disusun mengikut urutan 1 hingga 10 bagi menjalani ujian Bleep. Kumpulan B akan mengira tahap larian pelajar kumpulan A. Setelah selesai, kumpulan B akan bertukar peranan dengan kumpulan A.

2.    Analisis Data yang Diperoleh melalui Ujian amali SEGAK dan Ujian BLEEP
Berdasarkan data ujian SEGAK dan ujian BLEEP yang dijalankan pada ujian post, dapat saya simpulkan bahawa kebanyakan ujian yang saya jalankan semakin meningkat daripada ujian pre yang dilakukan pada awal semester. Indeks jisim badan saya menunjukkan peningkatan iaitu 28.4 pada ujian pre dan ujian post dengan ketinggian 157 cm dan berat badan 69 kg pada ujian pre tetapi 70 kg pada ujian post. Hal ini menunjukkan pertambahan berat badan sebanyak 1 kg. Tekan tubi pula menunjukkan peningkatan yang agak ketara iaitu pada ujian pre saya hanya mampu melakukan 16 dan pada ujian post saya dapat melakukan 25. Ujian ringkuk tubi separa juga menunjukkan peningkatan iaitu pada ujian pre saya mampu melakukan 19 tetapi pada ujian post saya Berjaya melakukan 25. Kadar denyutan nadi untuk naik turun bangku pada ujian pre saya ialah 165 manakala pada ujian post kadar denyutan nadi saya meningkat kepada 168. Jangkauan melunjur pula adalah sama pada ujian pre dengan ujian post iaitu sebanyak 37. Akhir sekali, saya berjaya menambah jumlah larian dalam ujian Bleep iaitu dari aras 3-7 kepada aras 4-1.

3.    Faktor dan Kesan Terhadap Fisiologi Badan Manusia
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan dan pengurangan tahap kecergasan saya dalam menjalani ujian amali SEGAK dan ujian Bleep ini. Antara faktor tersebut ialah gaya pemakanan harian saya adalah secara tidak berkala. Saya kurang menjaga tabiat pemakanan saya sebagai contoh saya mengabaikan makan pagi dan ini menyebabkan badan saya menjadi lesu dan saya juga mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat seperti mi segera yang menyumbang kepada peningkatan berat badan saya. Oleh itu, saya akan melakukan lebih banyak senaman yang akan meningkatkan tahap kecergasan saya seperti berjogging sekurang-kurangnya 5 kali seminggu. Namun begitu, daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot saya meningkat berdasarkan analisis yang dibuat melalui peningkatan dalam ujian Bleep dan ujian bangkit tubi. Tahap kelenturan dan fleksibiliti saya berada dalam keadaan yang memuaskan melalui ujian ringkuk tubi separa dan ujian jangkauan melunjur kerana saya kerap kali melakukan aktiviti yang melibatkan fleksibiliti badan seperti senamrobik. Manakala peningkatan dalam kadar denyutan nadi mungkin berpunca daripada keletihan yang saya alami ketika melakukan persiapan untuk menjalankan ujian-ujian tersebut.

4.    Kesimpulan
Kesimpulannya, ujian SEGAK dan ujian Bleep telah menimbulkan kesedaran dalam diri saya sebagai seorang guru agar sentiasa berusaha untuk menjaga kesihatan serta meningkatkan tahap kecergasan saya. Hal ini supaya saya tidak mudah diserang penyakit kronik seperti obesity, sakit jantung dan sebagainyayang dapat membawa kepada kemerosotan kesihatan yang mana akhirnya boleh membawa maut. Bukan itu sahaja, generasi pendidik yang sihat dapat sentiasa menjadikan sesebuah negara itu bebas daripada penyakit serta menjadi negara yang maju dan disegani di peringkat global.

Penulisan refleksi GKK1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan

Nama : Nurhusna Izzati binti Mat Yunus Angka Giliran : 2019092350222 Unit : Pendidikan Islam 6 TUGASAN 4 : PENULISAN REFLE...