Bahan – bahan masakan:
Bahan basah:- Tepung Bestari Spicy dibancuh dengan air dan perap bersama ayam selama 30minit.
Bahan kering:
- Tepung Bestari 5 sudu makan
- Tepung Beras 3 sudu makan
- Tepung Gandum 4 sudu makan
Cara – cara memasak:
- Ambil ayam yang diperap tadi (pastikan tepung basah bersalut degan ayam) dan masukkan ke dalam bahan kering.
- Gaul menggunakan sudu supaya tepung tak terlekat pada tangan. Buat seketul seketul supaya ayam kena rata.
- Pastikan minyak betul – betul panas. Sebaiknya anda menggunakan periuk supaya ayam tenggelam dalam minyak.
- Sebelum masukkan dalam periuk, goncang sedikit lebihan tepung yang melekat pada ayam. Jangan bagi penuh di daam periuk, takut nanti ayam goreng tidak rangup.
- Bila ayam dah masuk, dan suhu sedikit tinggi, barulah kecilkan api sedikit. Biarkan ayam digoreng dengan perlahan.
- Goreng dalam 10 – 15 minit. Apabila sudah garing keemasan, angkat dan toskan minyak supaya ayam tak serap minyak.
- Siap!