Nama : Nurhusna Izzati binti Mat Yunus
Angka Giliran : 2019092350222
Unit : Pendidikan Islam 6
TUGASAN 4 :
PENULISAN REFLEKSIF
Berdasarkan ujian amali SEGAK dan ujian BLEEP
yang dijalankan pada tarikh 10 September 2019 di Dewan Al Farabi, saya telah
Berjaya membuat analisis dan kesimpulan berkenaan dengan kesan ujian-ujian
tersebut terhadap fisiologi badan saya.
1. Pelaksanaan Ujian Amali
Pertama sekali,
saya ingin menerangkan tentang pelaksanaan ujian amali ini. Ujian amali SEGAK
dan ujian BLEEP dilaksanakan ole Unit PAI 6 PPISMP SEMESTER 1 secara
bergilir-gilir mengikut urutan seperti mana yang telah ditetapkan oleh
Pengerusi GKK, Muhammad Arsyad bin Ramli. Ujian amali SEGAK yang merangkumi
ujian indeks Jisim Badan (BMI), Ujian Bangkit Tubi, Ujian Ringkuk Tubi Separa,
Ujian Jangkauan Melunjur dan Ujian Naik Turun Bangku. Setiap pelajar dibahagikan
kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A memulakan
ujian-ujian tersebut dan diikuti oleh kumpulan B. Bagi setiap stesen, 2 orang
pelajar telah dilantik menjadi Ahli Jawatan Kuasa untuk memberi penerangan
mengenai aktiviti tersebut. Setelah semua pelajar selesai menjalani ujian amali
SEGAK, kumpulan A disusun mengikut urutan 1 hingga 10 bagi menjalani ujian
Bleep. Kumpulan B akan mengira tahap larian pelajar kumpulan A. Setelah
selesai, kumpulan B akan bertukar peranan dengan kumpulan A.
2. Analisis Data yang Diperoleh melalui Ujian amali SEGAK dan Ujian
BLEEP
Berdasarkan
data ujian SEGAK dan ujian BLEEP yang dijalankan pada ujian post, dapat saya
simpulkan bahawa kebanyakan ujian yang saya jalankan semakin meningkat daripada
ujian pre yang dilakukan pada awal semester. Indeks jisim badan saya
menunjukkan peningkatan iaitu 28.4 pada ujian pre dan ujian post dengan
ketinggian 157 cm dan berat badan 69 kg pada ujian pre tetapi 70 kg pada ujian post.
Hal ini menunjukkan pertambahan berat badan sebanyak 1 kg. Tekan tubi pula
menunjukkan peningkatan yang agak ketara iaitu pada ujian pre saya hanya mampu
melakukan 16 dan pada ujian post saya dapat melakukan 25. Ujian ringkuk tubi
separa juga menunjukkan peningkatan iaitu pada ujian pre saya mampu melakukan
19 tetapi pada ujian post saya Berjaya melakukan 25. Kadar denyutan nadi untuk
naik turun bangku pada ujian pre saya ialah 165 manakala pada ujian post kadar
denyutan nadi saya meningkat kepada 168. Jangkauan melunjur pula adalah sama
pada ujian pre dengan ujian post iaitu sebanyak 37. Akhir sekali, saya berjaya
menambah jumlah larian dalam ujian Bleep iaitu dari aras 3-7 kepada aras 4-1.
3. Faktor dan Kesan Terhadap Fisiologi Badan Manusia
Terdapat
beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan dan pengurangan tahap
kecergasan saya dalam menjalani ujian amali SEGAK dan ujian Bleep ini. Antara
faktor tersebut ialah gaya pemakanan harian saya adalah secara tidak berkala.
Saya kurang menjaga tabiat pemakanan saya sebagai contoh saya mengabaikan makan
pagi dan ini menyebabkan badan saya menjadi lesu dan saya juga mengamalkan gaya
pemakanan yang tidak sihat seperti mi segera yang menyumbang kepada peningkatan
berat badan saya. Oleh itu, saya akan melakukan lebih banyak senaman yang akan
meningkatkan tahap kecergasan saya seperti berjogging sekurang-kurangnya 5 kali
seminggu. Namun begitu, daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot saya
meningkat berdasarkan analisis yang dibuat melalui peningkatan dalam ujian
Bleep dan ujian bangkit tubi. Tahap kelenturan dan fleksibiliti saya berada
dalam keadaan yang memuaskan melalui ujian ringkuk tubi separa dan ujian
jangkauan melunjur kerana saya kerap kali melakukan aktiviti yang melibatkan
fleksibiliti badan seperti senamrobik. Manakala peningkatan dalam kadar
denyutan nadi mungkin berpunca daripada keletihan yang saya alami ketika
melakukan persiapan untuk menjalankan ujian-ujian tersebut.
4. Kesimpulan
Kesimpulannya,
ujian SEGAK dan ujian Bleep telah menimbulkan kesedaran dalam diri saya sebagai
seorang guru agar sentiasa berusaha untuk menjaga kesihatan serta meningkatkan
tahap kecergasan saya. Hal ini supaya saya tidak mudah diserang penyakit kronik
seperti obesity, sakit jantung dan sebagainyayang dapat membawa kepada
kemerosotan kesihatan yang mana akhirnya boleh membawa maut. Bukan itu sahaja,
generasi pendidik yang sihat dapat sentiasa menjadikan sesebuah negara itu
bebas daripada penyakit serta menjadi negara yang maju dan disegani di
peringkat global.